LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah (Use of Malaysia Sign Language (BIM) Inside Translation of Surah Al-Fatihah)

Photo from wikipedia

Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang digunakan oleh golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) kerana penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi golongan kurang upaya pendengaran dan memberi peluang kepada GKUP untuk… Click to show full abstract

Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang digunakan oleh golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) kerana penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi golongan kurang upaya pendengaran dan memberi peluang kepada GKUP untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan sebagainya. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), menurut Lim (2006) merupakan bahasa utama untuk orang kurang upaya pendengaran di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan BIM dalam terjemahan maksud surah Al-Fatihah. Kajian ini melibatkan 10 orang golongan kurang upaya pendengaran (GKUP) yang berkemahiran dalam mengaplikasikan BIM dalam terjemahan surah Al-Fatihah. Surah Al-Fatihah dijadikan sebagai satu surah pilihan dalam kajian ini kerana surah ini merupakan ummul kitab atau ibu dalam Al-Quran. Kajian ini dijalankan secara temu bual separa struktur dengan 10 orang kurang upaya pendengaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua persepsi GKUP terhadap kepentingan BIM dalam terjemahan Surah Al-Fatihah iaitu BIM dapat memberi kefahaman kepada golongan kurang upaya pendengaran terhadap terjemahan maksud Surah Al-Fatihah. Selain itu, BIM dapat memberi penghayatan kepada GKUP terhadap terjemahan maksud surah Al-Fatihah. Oleh itu, kepentingan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BIM amat membantu GKUP perlu mempelajari Al-Quran kerana ia memberi impak yang besar dalam pemahaman dan penghayatan terhadap isi kandungan Al-Quran.

Keywords: surah fatihah; malaysia; surah; bim; dalam

Journal Title: GEMA Online Journal of Language Studies
Year Published: 2017

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.