LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Bahasa dalam Realiti Kehidupan dan Realiti Kehidupan dalam Bahasa

Realiti kehidupan telah terpancar dalam bahasa yang digunakan melalui pelbagai konsep, perkataan dan ungkapan. Namun dalam menggambarkan realiti kehidupan, bahasa mempunyai batasannya. Makalah ini cuba membincangkan cara bahasa mengungkapkan realiti… Click to show full abstract

Realiti kehidupan telah terpancar dalam bahasa yang digunakan melalui pelbagai konsep, perkataan dan ungkapan. Namun dalam menggambarkan realiti kehidupan, bahasa mempunyai batasannya. Makalah ini cuba membincangkan cara bahasa mengungkapkan realiti dalam kehidupan, menghuraikan bentuk bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan realiti dalam kehidupan dan realiti kehidupan yang diungkapkan dalam bahasa Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis teks. Sebanyak empat Laporan dan rencana Bajet 2018 yang dimuat turun daripada laman sesawang dijadikan bahan kajian. Laporan dan rencana berkaitan Bajet 2018 ini seterusnya dianalisis beralaskan teori Semantik Umum. Hasil kajian mendapati bahasa yang digunakan dalam rencana Bajet 2018 dapat menggambarkan realiti kehidupan dan begitu juga sebaliknya. Penggunaan frasa, ‘berita gembira’ (Data 1), ‘ekonomi tengah tak sedap’, (Data 2), ‘menyentuh terus nukleus’ (Data 3), ‘mencari modal baharu’ (Data 4 ) dan ‘bajet inklusif’ (Data 6) telah menggambarkan realiti kehidupan dalam bahasa Melayu melalui elemen entiti, rujukan, ruang dan masa.  Sementara itu, penggunaan ungkapan sinis ‘manis di mulut’ (Data 3), ‘mengorek kelompongan’ ‘modal mereka ke hulu ke hilir’ dan ‘mencari modal baharu’ (Data 4) memperlihatkan realiti dalam kehidupan dari segi rujukan dan persepsi.  Seterusnya, penggunaan frasa ‘ekonomi tengah tak sedap’, ‘terasa terhimpit’ serta ‘mencari dan membuka peluang’ memperlihatkan satu rujukan yang   berkaitan dengan realiti kehidupan masa kini.  Dengan itu dapat dirumuskan bahawa aplikasi Semantik Umum dalam kajian ini telah dapat membuktikan bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan dalam bahasa. Kata kunci: Realiti, laporan bajet 2018, semantik umum, konsep bahasa, pemikiran.

Keywords: dan; realiti kehidupan; bahasa; realiti; dalam

Journal Title: Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
Year Published: 2018

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.