LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Pola Pameran Emosi Individu Introvert dan Ekstrovert dalam Facebook: Sebuah Eksperimen Awal (Patterns of Emotional Expression Among Introverts and Extroverts in Facebook: A Preliminary Experimental Approach)

Photo by peet818 from unsplash

Laman sosial Facebook telah menjadi sebuah ruang untuk pameran emosi kerana setiap pengguna bebas untuk memilih lokasi, masa dan jenis emosi yang ingin dipamerkan. Kepelbagaian karakter individu dalam laman sosial… Click to show full abstract

Laman sosial Facebook telah menjadi sebuah ruang untuk pameran emosi kerana setiap pengguna bebas untuk memilih lokasi, masa dan jenis emosi yang ingin dipamerkan. Kepelbagaian karakter individu dalam laman sosial adalah berkait dengan personaliti kerana setiap personaliti mempunyai gaya yang berbeza untuk berkomunikasi dan bersosial dalam talian. Individu Introvert dan Ekstrovert adalah dua personaliti yang dominan dalam bidang komunikasi namun kedua-duanya mempamerkan karakter yang berlawanan antara satu sama lain. Persoalannya, apakah corak dan tujuan penggunaan Facebook oleh setiap personaliti dan adakah mereka menggunakan Facebook untuk pameran emosi? Satu ekperimen atas talian ( online experiment ) telah dilaksanakan dalam Facebook dengan menggunakan 60 personaliti (30 individu Introvert, 30 individu Ekstrovert) yang dipilih menerusi kaedah pensampelan mudah. Data kajian dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa individu Introvert memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk melayari Facebook. Seterusnya, individu Introvert dan Ekstrovert menggunakan Facebook dengan tujuan untuk mencari informasi dan mereka tidak berminat untuk mengintip aktiviti pengguna lain. Kedua-dua personaliti turut terlibat dalam aktiviti berkumpulan namun apabila ingin mempamerkan emosi, individu Introvert memilih mesej segera manakala individu Ekstrovert pula melalui tulisan dinding. Kesimpulannya, individu Introvert dan Ekstrovert mempunyai cara yang berbeza dalam memilih lokasi dan jenis emosi yang dipamerkan terutamanya dalam komuniti atas talian. Dapatan kajian ini merupakan sebuah gambaran awal mengenai pameran emosi  yang ditonjolkan oleh dua personaliti bipolar dalam interaksi dan sosialisasi. Diharapkan agar kajian akan datang dapat memberikan generalisasi dengan melibatkan khalayak Facebook yang lebih luas.

Keywords: dan; facebook; individu; individu introvert; yang; dalam

Journal Title: Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
Year Published: 2018

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.