LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Analisis Pola Penyertaan Digital ICT dan Transformasi Keusahawanan (Analysis of Digital Inclusion Pattern and Entreprenuership Transformation)

Photo by markusspiske from unsplash

Internet adalah medium yang berpotensi dalam perkongsian maklumat yang pantas dan membawa perubahan baharu dalam kehidupan masyarakat. Kewujudan Internet kini telah mendorong kepada penyertaan digital dalam pelbagai aspek termasuk keusahawanan.… Click to show full abstract

Internet adalah medium yang berpotensi dalam perkongsian maklumat yang pantas dan membawa perubahan baharu dalam kehidupan masyarakat. Kewujudan Internet kini telah mendorong kepada penyertaan digital dalam pelbagai aspek termasuk keusahawanan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau bagaimana pola penyertaan digital melalui pelbagai aplikasi dalam talian serta bentuk transformasi perniagaan yang berlaku dalam kalangan usahawan. Antara objektif kajian ini adalah untuk melihat pola penyertaan digital dan bentuk transformasi keusahawanan. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dan data kajian dikumpul melalui tinjauan dengan soal selidik terhadap 402 responden usahawan wanita berumur 18 hingga 50 tahun yang menjalankan perniagaan secara dalam talian. Dua kaedah tinjauan yang telah dijalankan iaitu secara bersemuka (di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam dan Bangi) dan secara dalam talian (e-mel dan Facebook ). Hasil kajian menunjukkan majoriti usahawan wanita memperoleh manfaat dengan menjadikan internet sebagai sumber mendapatkan maklumat berkaitan produk terkini di pasaran. Selain itu, majoriti responden juga mengiklankan produk mereka di Internet sebagai salah satu cara komunikasi yang berterusan dengan pelanggan. Dari aspek transformasi pula, majoriti responden mendapati tahap perhubungan dengan pelanggan mereka adalah semakin maju. Ini menggambarkan bahawa perubahan positif berlaku dalam perniagaan mereka. Justeru, daripada dapatan kajian dilihat bahawa penyertaan digital ini adalah penting bagi usahawan dalam memajukan lagi perniagaan mereka. Kata kunci: Pola, penyertaan digital, transformasi, usahawan wanita, dalam talian.

Keywords: pola penyertaan; dalam; penyertaan digital; transformasi; yang; dan

Journal Title: Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
Year Published: 2019

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.