LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Peranan dan Impak Agama dalam Adaptasi Antarabudaya Pelajar Muslim Malaysia di United Kingdom

Photo from wikipedia

Kajian ini memberikan penekanan kepada peranan dan impak agama ke atas proses adaptasi pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Agama adalah perkara asas dalam kehidupan pelajar Melayu beragama Islam… Click to show full abstract

Kajian ini memberikan penekanan kepada peranan dan impak agama ke atas proses adaptasi pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Agama adalah perkara asas dalam kehidupan pelajar Melayu beragama Islam daripada Malaysia. Ianya turut menjadi asas kepada perhubungan yang dijalin dengan masyarakat di luar negara dan juga dalam kalangan masyarakat dari Malaysia yang turut sama berada di luar negara.  Kajian ini turut melihat apakah impak dari mempraktikkan agama Islam di luar negara sama ada masyarakat luar mula memahami ataupun pelajar terkesan dengan pengalaman negatif di luar negara. Model Keluk U dari Lyssgard (1955) telah digunakan sebagai kerangka kajian ini.  Seramai 10 orang pelajar prasiswazah telah ditemuramah di United Kingdom. Dapatan menunjukkan pelajar mengalami kejutan budaya namun ianya adalah satu fasa yang sangat singkat dan tidak memberikan implikasi yang berpanjangan. Ianya juga adalah tidak sukar untuk mereka mempraktikkan agama masing-masing terutama dengan kemudahan yang ada sekarang dan juga kefahaman masyarakat tentang kepelbagaian agama dan budaya. Antara aspek yang ditekankan adalah sistem sokongan yang kuat dalam kalangan masyarakat negara asal ataupun masyarakat dalam kalangan golongan beragama Islam. Rata-rata pelajar Malaysia Muslim mempunyai pengalaman yang positif dan mereka merasakan bahawa masyarakat luar dapat menerima mereka seadanya. Walaupun penerimaan adalah baik, mereka pernah mendengar pengalaman-pengalaman negatif yang pernah dihadapi oleh rakan mereka. Kata kunci: Agama, adaptasi, antarabudaya, Muslim, Malaysia.

Keywords: luar; malaysia; dan; agama; pelajar; yang

Journal Title: Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
Year Published: 2020

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.