LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Kandungan yang Dihasilkan Pengguna di Bilik Berita Malaysia: Prospek dan Cabaran

Photo by cferdo from unsplash

Kajian tentang kandungan yang dihasilkan pengguna (User-Generated Content - UGC) berkembang dengan stabil di seluruh pelusuk dunia. Ini kerana, UGC tidak hanya mempengaruhi kandungan berita, tetapi juga keseluruhan amalan kewartawanan.… Click to show full abstract

Kajian tentang kandungan yang dihasilkan pengguna (User-Generated Content - UGC) berkembang dengan stabil di seluruh pelusuk dunia. Ini kerana, UGC tidak hanya mempengaruhi kandungan berita, tetapi juga keseluruhan amalan kewartawanan. Dalam ruang lingkup kewartawanan warga, UGC mengaburkan sempadan antara siapa pengeluar dan siapa pengguna kandungan kerana keterlibatan khalayak yang menyumbang kepada kolaborasi dalam praktis kewartawanan. Penggunaan teknologi seperti media sosial mendefinisikan semula epistemologi kewartawanan yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Kajian ini mengkaji prospek dan cabaran aplikasi UGC di bilik berita Malaysia khususnya penggabungan UGC ke dalam amalan kewartawanan profesional di tiga bilik berita iaitu Berita Harian, Harian Metro dan Sin Chew Daily. Dengan menggunakan kaedah temubual mendalam dengan tujuh penyunting berita dan penyunting dalam talian di tiga akhbar ini, hasil kajian menunjukkan bahawa UGC tergabung dalam pembinaan berita ketiga-tiga akhbar ini secara sederhana. Penglibatan khalayak hanya berlaku pada tahap penyediaan sumber bahan berita dan tidak lebih daripada itu. Bagaimanapun, peristiwa viral masih dianggap sebagai bahan yang sangat berpotensi untuk disahkan dan diterbitkan. Ini menunjukkan bahawa UGC dari segi praktisnya berguna di bilik berita Malaysia, tetapi aplikasinya masih terhad. Pada masa yang sama, media sosial dilihat sebagai alat yang sangat penting oleh wartawan untuk berinteraksi dengan khalayak. Kata kunci: Kandungan yang dihasilkan pengguna (UGC), kewartawanan warga, keterlibatan khalayak, media sosial, pengesahan fakta.

Keywords: bilik berita; pengguna; yang; berita; dan; ini

Journal Title: Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
Year Published: 2023

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.