LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Engkaulah Adiwiraku Sebagai Saluran Informasi COVID-19 Berdasarkan Model Komunikasi SCMR Berlo

Photo from wikipedia

Karya bertulis memainkan peranan penting sebagai saluran berinformasi menyampaikan mesej dan nilai-nilai kemanusiaan kepada masyarakat. Makalah ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh cerita Engkaulah Adiwiraku (2020) untuk menyalurkan informasi COVID-19… Click to show full abstract

Karya bertulis memainkan peranan penting sebagai saluran berinformasi menyampaikan mesej dan nilai-nilai kemanusiaan kepada masyarakat. Makalah ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh cerita Engkaulah Adiwiraku (2020) untuk menyalurkan informasi COVID-19 kepada masyarakat. COVID-19 merupakan sejenis koronavirus baharu yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti serta mampu menjangkiti individu lain melalui titisan pernafasan dan sentuhan. Virus ini telah melanda dunia sejak bulan Disember 2019. Bagi mengekang wabak koronavirus daripada terus merebak, semua individu memainkan peranan penting. Proses penyaluran maklumat dilakukan melalui pelbagai medium komunikasi sama ada secara lisan atau tanpa lisan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Karya sastera turut mengambil peranan dalam menyampaikan maklumat tentang COVID-19 kepada masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis informasi yang terdapat dalam Engkaulah Adiwiraku (2020) bagi melihat peranannya sebagai media komunikasi dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak sasaran. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Analisis teks dilakukan dengan mengaplikasikan Model Komunikasi SMCR Berlo (1960). Analisis kajian membuktikan bahawa Engkaulah Adiwiraku (2020) sarat dengan informasi penting mengenai COVID-19 dan peranan setiap individu bagi melawan penyebaran virus tersebut. Kajian juga menunjukkan bahawa bahasa yang ringkas dan mudah bersesuaian dengan tahap kemahiran bahasa kanak-kanak menjadi unsur penting dalam menyalurkan maklumat kepada kanak-kanak. Kesimpulannya, Engkaulah Adiwiraku (2020) berperanan sebagai media komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai COVID-19 kepada masyarakat sekaligus menunjukkan kepentingan karya sastera dalam menyalurkan maklumat kepada khalayak. Kata kunci: Engkaulah Adiwiraku, COVID-19, sastera, komunikasi, Berlo.

Keywords: komunikasi; covid; kepada; engkaulah adiwiraku

Journal Title: Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication
Year Published: 2023

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.