LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Perbandingan zon interaksi ruang dua dimensi subjek normal dan ambliopia anisometropik

Photo by justsimms from unsplash

Akuiti visual subjek ambliopia anisometropik sering disimulasi pada individu normal dengan mengkaburkan penglihatan fovea mereka. Walau bagaimanapun, prestasi akuiti visual periferi subjek ini tidak diketahui dan kaedah pengkaburan ini tidak… Click to show full abstract

Akuiti visual subjek ambliopia anisometropik sering disimulasi pada individu normal dengan mengkaburkan penglihatan fovea mereka. Walau bagaimanapun, prestasi akuiti visual periferi subjek ini tidak diketahui dan kaedah pengkaburan ini tidak semestinya dapat mensimulasi penglihatan periferi mereka. Untuk mendalami ketepatan kaedah ini, kami mengkaji akuiti dan bentuk zon interaksi ruang di fovea dan periferi retina subjek normal dan ambliopia anisometropik serta kesan pengkaburan pada akuiti subjek normal pada esentrisiti retina yang berbeza untuk dibandingkan dengan periferi subjek ambliopia. Akuiti diukur menggunakan Kaedah Rangsangan Malar untuk huruf Sheridan-Gardiner pada 6 orang subjek normal dan 6 orang subjek ambliopia anisometropik. Kesan kesesakan diukur dengan membandingkan respons pengesanan huruf sasaran yang diapit oleh huruf lain yang diletakkan pada orientasi mendatar, menegak dan pepenjuru. Rangsangan dipaparkan pada fovea dan 2.5, 5 dan 10 darjah di medan penglihatan inferior. Selain itu, akuiti fovea 4 orang subjek normal dikaburkan supaya sepadan dengan akuiti fovea subjek ambliopia menggunakan kaedah pengkaburan optik dan penuras digital Gaussian. Subjek normal menunjukkan kemerosotan akuiti yang lebih besar dengan peningkatan esentrisiti retina (E2: 2.25±0.21) berbanding subjek ambliopia anisometropik (E2: 6.02±1.45). Kesemua subjek menunjukkan zon interaksi ruang yang tidak simetri di kesemua esentrisiti retina yang diuji. Interaksi antara jenis kabur dan esentrisiti retina adalah signifikan F(2.13,6.38)=4.93, p=0.049) tetapi akuiti subjek normal yang dikaburkan dengan kedua-dua kaedah pengkaburan tidak berbeza secara signifikan dengan akuiti subjek ambliopia. Zon interaksi ruang subjek ambliopia anisometropik adalah sama dengan subjek normal. Akuiti fovea subjek ambliopia anisometropik lebih teruk berbanding subjek normal kerana peningkatan pengkaburan intrinsik. Walau bagaimanapun, periferi subjek ambliopia adalah normal secara fungsian.

Keywords: subjek normal; ambliopia anisometropik; dan; subjek; subjek ambliopia; ambliopia

Journal Title: Sains Malaysiana
Year Published: 2017

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.