LAUSR.org creates dashboard-style pages of related content for over 1.5 million academic articles. Sign Up to like articles & get recommendations!

Corak Taburan Ruang-Masa Semut (Hymenoptera: Formicidae) di Ekosistem Sawit, Endau Rompin, Pahang

Photo by vinnyvinme from unsplash

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui corak taburan ruang-masa semut (Hymenoptera: Formicidae) dan memahami ekologi ruang semut di ekosistem sawit di Endau Rompin, Pahang. Persampelan dijalankan selama empat bulan berturut-turut di… Click to show full abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui corak taburan ruang-masa semut (Hymenoptera: Formicidae) dan memahami ekologi ruang semut di ekosistem sawit di Endau Rompin, Pahang. Persampelan dijalankan selama empat bulan berturut-turut di tiga jenis tanah iaitu tanah liat (A1 & A2), tanah gambut dalam (B1 & B2) dan tanah gambut cetek (C1 & C2). Kaedah perangkap lubang digunakan bagi mensampel semut yang mencari makanan di atas tanah. Sejumlah 3,968 individu semut berjaya diperoleh, mewakili 13 genus dalam empat subfamili. Anoplolepis mencatatkan bilangan individu paling melimpah iaitu sebanyak 1,692 individu (45.75%) diikuti dengan Pheidole (862 individu; 23.31%) dan Paratrechina (228 individu; 6.17%). Dalam tanah liat, Anoplolepis ialah genus yang paling melimpah manakala bagi tanah gambut dalam dan cetek, Pheidole adalah genus yang paling melimpah berbanding genus yang lain. Ujian Khi kuasa-dua (dua hala) mengenal pasti perbezaan yang signifikan (p 1; p 0.05). Corak taburan ruang-masa setempat bagi subfamili semut adalah sangat dinamik dengan perubahan corak kelompok dan luang yang berbeza pada bulan yang berlainan. Gambaran awal corak taburan ruang-masa setempat bagi semut di ekosistem sawit yang diperoleh dalam kajian ini menunjukkan hubung kait ekologi dan lakuan beberapa genus walau pun secara kolektifnya dicerap pada peringkat subfamili. Kajian lanjut bagi melihat asosiasi ruang-masa antara subfamili dirasakan perlu bagi memperjelaskan lagi ekologi lakuan dan interaksi dalam kalangan komuniti berfungsi semut.

Keywords: semut; bagi; corak; ruang masa; ruang; yang

Journal Title: Sains Malaysiana
Year Published: 2019

Link to full text (if available)


Share on Social Media:                               Sign Up to like & get
recommendations!

Related content

More Information              News              Social Media              Video              Recommended



                Click one of the above tabs to view related content.